Monday, 26 May 2014

Saya adalah Shaklee Independent Distributor

Assalamualaikum...
Sihat adalah satu anugerah yang juga merupakan rezeki dari Allah s.w.t. kepada kita sebagai hambaNya.

Pengekalan kesihatan yang baik secara berterusan memerlukan tuntutan pengorbanan berupa pelaburan wang ringgit dan tenaga.

Kesibukan bekerja dan tugas harian kadang kala menyebabkan pemakanan yang kita makan setiap hari tidak memenuhi keperluan nutrisi yang sepatutnya. Kesannya, badan kekurangan nutrisi-nutrisi penting atau zat atau pun vitamin yang diperlukn oleh sel badan. Lantaran itu, kesihatan badan mudah terkena jangkitan demam, selsema, sakit sendi tulang dan sebagainya yang sekali gus membataskan pergerakan kita seharian.

Lebih parah lagi badan yang mempunyai metabolisme yang rendah serta antibodi yang lemah akan melambatkan proses penyembuhan yang baik.

Saat ini kita merasakan satu kesedaran mula wujud dalam diri untuk menjaga pemakanan. Hati mula tergerak untuk makan banyak sayur dan buah-buahan yang dikatakan kaya dengan sumber vitamin.

Selain itu, ketika sakit melanda jugalah kita mula tidak lagi berkira dengan duit kerana sanggup membayar kos bil rawatan di klinik untuk mendapat rawatan dan ubat.

Saya ingin mengajak sahabat semua agar berkesedaran awal agar membuat pelaburan kesihatan dengan membeli dan mengamalkan suplemen yang terbaik untuk kesihatan diri anda sendiri.

Pilihlah suplemen yang segar dipasaran selama lebih 50 tahun dan diakui kberkesanannya serta memiliki sijil halal iaitu SHAKLEE!!

Saya adalah Shaklee Independent Distributor yang sah. ID saya adalah 1069671.

Buat tempahan suplemen Shaklee anda dengan menghubungi saya 0179392633.

Saya juga membuat khidmat penghantaran produk Shaklee ke kawasan berhampiran anda secara COD di sekitar Machang, Tanah Merah, Kok Lanas dan Pair Puteh di Kelantan serta Jerteh dan Merang di Terengganu.

Jom sihat dengan mengamalkan suplemen Shaklee setiap hari secara konsisten. Bila badan sihat secara langsung juga kita akan kelihatan cantik!! INSYAALLAH...

Monday, 31 March 2014

Kepentingan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Perlu atau tidak seseorang itu mengambil suplemen dalam diet sehariannya?
Betul atau tidak dengan memakan suplemen badan kita akan sihat selama-lamanya?
Boleh cantik ke dengan makan suplemen ni?

INI ADALAH ANTARA SOALAN YANG SELALU DITANYA OLEH SEGELINTIR CUSTOMER  SHAKLEE SAYA.

Inilah yang menguji kebijaksanaan seorang peniaga.  Maka bermulalah penyelidikan melalui pembacaan untuk menambahkan ilmu di dada bagi meyakinkan pelanggan-pelanggan saya yang prihatin akan kesihatan badan mereka.  Agak memakan masa juga untuksaya melengkapkan diri dengan ilmu kevitaminan.  Kekangan masa untuk membuat penulisan tajuk ini memaksa saya membantu pemahaman pelanggan saya dengan berwhatsApp.  Alhamdulillah, rezeki masa masih ada untuk berblogging bagi mencapai misi blog saya.

Jom kita belajar serba sedikit tentang SUPLEMEN!

APA ITU SUPLEMEN ?

Menurut pakar pemakanan dari Hosital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian.

Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.  Suplemen boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair atau tablet.

Jika dilihat di sekeliling kita pada hari ini, suplemen dijual dengan meluas.  Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.

KEPENTINGAN SUPLEMEN KEPADA  SISTEM BADAN KITA.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C yang baik untuk kulit di samping vitamin E, asid amino, zink dn sebagainya.

Makanan tambahan/suplemen seperti ini diperlukan oleh badan kita dan ianya perlu diambil setiap hari untuk memastikan kulit badan kita cantik dan gebu.  Cara penggunaan pula adalah bergantung kepada pengguna.  Sama ada melalui makanan atau minuman.

Ketahui sebab badab kita memerlukan suplemen:
  1.  Kesan daripada pencemaran udara dewasa ini yang akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Ini menyebabkan badan kita mudah mengantuk, penyakit lelah mula mendekati kita dan mengurangkan fungsi paru-paru.
  2. Penggunaan racun perosak, racun serangga akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan syur-sayuran yang dimakan oleh kita seharian.  Ketahuilah oleh anda bahawa penggunaan racun serangga membawa kesan yang membahayakan terhadap kesihatan seperti sakit kepala, loya, sakit dada, muntah, ruam, sakit otot, cirit-birit dan pandangan mata kabur.
  3. Gaya hidup yang kurang sihat seperti amalan merokok,  budaya kurang bersenam, tidak mengamalkan diet yang seimbang, makan lewat malam, kurang rehat dan tidur akan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan strok.  Selain itu, tekanan di tempat kerja dan balik lewat malam turut akan membawa kemusnahan Vitamin B dan C dalam badan kita.
  4. Pengambilan makan segera (Fast Food) dengan kadar yang kerap adalah tidak baik untuk kesihatan terutamaya dalam kalangan kanak-kanak.
  5. Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol akan menggangu penyerapan zat makanan. Contohnya, kafein menghalang penyerapan Vitamin D dan Kalsium ke tubuh badan kita.
  6. Kaedah memesak seperti menggoreng terlalu lama, menyimpan bahan mentah terlalu lama dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan kehilangan nutrien.

TIP PENGAMBILAN SUPLEMEN.

Seseorang yang ingin memilih suplemen untuk diri sendiri hendaklah pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut terhadap kesihatannya.
Kita perlu tahu apakah kepentingan suplemen tersebut untuk penyakit yang kita sedang hadapi.  Kita perlu ingat bahawa makanan tambahan  tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ianya boleh membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita dalam keadaan yang baik.

Kandungan nutrisi dalam  setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk kita diketahui dan perlu juga dipastikan ianya mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertualiah atau pakar pemakanan (dietitin) mengenai pengambilan makanan  tambahan.

Selain itu,  pastikan keadaan kesihatan kita betul-betul memerlukan suplemen tersebut. Tubuh yang benar-benar perlukan makanan tambahan adalh lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang dihasilkan  daripada bahan-bahan organik dan semulajadi iaitu yang tiada tambahan bahan kimia di samping memiliki sijil halal dan mendapat kelulusna daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

OLEH YANG DEMIKIAN, TEPUK MINDA TANYA HATI ADAKAH NUTRIEN DALAM BADAN ANDA MENCUKUPI DAN BERFUNSI DENGAN BAIK DEMI MENJAGA MUTU KESIHATAN BADAN ANDA?

JOM BERSAMA SAYA SERLAHKAN KESIHATAN YANG ABADI DENGAN SUPLMEN SHAKLEE YANG SUDAH 50 TAHUN BERTAHAN DI PASARAN!!










Tuesday, 25 March 2014

Tak Kenal Maka Tak Cinta

Salam  Perkenalan...

Alhamdulillah dikesempatan ini saya berpeluang memulakan penulisan entri pertama berblogging setelah ditunjuk ajar oleh cikgu  Anys Idayu Zakaria. Kata orang tak kenal maka tak cinta.  Jadi sebelum  saya pergi lebih jauh ke arah matlamat sebenar saya mencipta blog ini eloklah saya perkenalkan serba sedikit tentang diri saya. 

Saya adalah insan diberi nama Marliana Binti Yaacob.  Dilahirkan pada 16 Julai di Machang, Kelantan.  Mula mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Machang selama enam tahun di sini dan menyambung pula persekolahan peringkat menengah selama tujuh tahun di SMK Machang, Kelantan. Alam persekolahan tidak menghalang saya menjual makanan di sekolah kepada sahabat-sahabat terdekat. Saya mula menjual kerepek dan nasi lemak semasa darjah tiga. Dari segi hobi pula, perkara yang saya suka buat di masa terluang ialah membaca buku-buku motivasi dan kisah sejarah.  Ada kalanya juga saya gemar menanam pokok bunga dan mendekorasi rumah.

Semasa alam persekolahan saya mula minat menulis dan pernah memasuki pertandingan menulis esei  semasa Pesta Buku Negeri Kelantan.  Selain itu, sebagai anak gadis, sedari zaman persekolahan lagi saya menitikberatkan kecantikan diri.  Walau bagaimanapun, semasa zaman remaja dulu saya tidak berkemampuan dari segi kewangan untuk membeli suplemen dan juga set penjagaan muka. Maka, saya mengamalkan beberapa petua orang dulu-dulu seperti sapu putih telur di muka, rambut pula dilumur dengan air limau purut, serbuk teh digosok pada kulit tangan dan betis serta macam-macam lagi petua mudah dengan kos yang murah telah saya cuba amalkan untuk kecantikan diri sendiri. 

Tahun 2001 adalah rezeki untuk saya melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sastera Dengan Pendidikan.  Alhamdulillah, empat tahun di sini saya dikelilingi sahabat-sahabat yang cantik rupa dan akhlak. Sepanjang bergelar mahasiswa saya masih lagi meneruskan minat menulis iaitu mencatat diari dan kata-kata jiwang sebelum tidur.  Maklum sahaja, hidup dengan teman-teman dan berjauhan dari keluarga mudah membuatkan hati sayu. Aspek kecantikan diri makin membuak-buak dalam diri dan ilmu dalam diri pula makin bertambah melalui pembacaan Majalah Mingguan Wanita yang mampu dibeli oleh saya dengan harga RM3.00 sahaja.  Jadi, amalan petua-petua kecantikan masih sebati dalam diri saya.

Selama empat tahun bergelar mahasiswa pendidikan, tahun 2005  merupakan bermulanya lakaran hidup sebenar yang penuh makna dalam hidup saya di mana pada tahun itulah saya mengakhiri zaman bujang, berjaya menamatkan pengajian serta mendapat penempatan pertama sebagai cikgu dan bakal menjadi seorang ibu.  Wahh... semuanya dalam tahun 2005!.

Bergelar seorang guru tidak menghalang minat saya terhadap perniagaan.  Seolah bermimpi di siang hari saya mampu bangun pagi membuat kuih untuk dijual di sekolah.  Masakan orang semenanjung begitu mendapat tempat di hati sahabat-sahabat saya di SMK Penrissen No. 1 Kuching, Sarawak.  Inilah yang membakar semangat saya untuk berniaga makanan.  Selain itu, saya turut menjual kain pasang dan tudung. Seorang sahabat baik saya pernah berkata mungkin darah Cik Siti Wan Kembang ada dalam diri saya.  Itu yang menyebabkan saya minat berniaga.  Bagi saya, menjadi satu kepuasan bagi diri sendiri apabila saya berkongsi kebaikan sesuatu produk yang saya gunakan dengan orang lain.  Tahun 2012 adalah tahun bermulanya saya menjinakkan diri dalam bisnes online dan semestinya produk kesihatan dan kecantikan menjadi pilihan saya untuk berurusniaga.

Entri seterusnya saya akan mendedahkan manfaat kesihatan dan kecantikan kesan daripada pengamalan suplemen terhebat dalam kehidupan seharian kita.  Sekali lagi salam perkenalan dan ukhwah dari saya