Monday 31 March 2014

Kepentingan Pengambilan Suplemen Untuk Kesihatan Dan Kecantikan

Perlu atau tidak seseorang itu mengambil suplemen dalam diet sehariannya?
Betul atau tidak dengan memakan suplemen badan kita akan sihat selama-lamanya?
Boleh cantik ke dengan makan suplemen ni?

INI ADALAH ANTARA SOALAN YANG SELALU DITANYA OLEH SEGELINTIR CUSTOMER  SHAKLEE SAYA.

Inilah yang menguji kebijaksanaan seorang peniaga.  Maka bermulalah penyelidikan melalui pembacaan untuk menambahkan ilmu di dada bagi meyakinkan pelanggan-pelanggan saya yang prihatin akan kesihatan badan mereka.  Agak memakan masa juga untuksaya melengkapkan diri dengan ilmu kevitaminan.  Kekangan masa untuk membuat penulisan tajuk ini memaksa saya membantu pemahaman pelanggan saya dengan berwhatsApp.  Alhamdulillah, rezeki masa masih ada untuk berblogging bagi mencapai misi blog saya.

Jom kita belajar serba sedikit tentang SUPLEMEN!

APA ITU SUPLEMEN ?

Menurut pakar pemakanan dari Hosital Pakar Perdana KPJ, Kelantan, Rose Hanizan Mat Hassan berkata, suplemen merupakan makanan tambahan bukannya sebagai makanan gantian kepada pemakanan seharian.

Katanya, secara umum suplemen merupakan makanan tambahan dalam bentuk minuman atau makanan.  Suplemen boleh wujud dalam bentuk pil, kapsul, cecair atau tablet.

Jika dilihat di sekeliling kita pada hari ini, suplemen dijual dengan meluas.  Semua orang boleh mendapatkannya sama ada di farmasi, kedai makanan kesihatan, pasar raya, melalui online di Internet dan sebagainya.

KEPENTINGAN SUPLEMEN KEPADA  SISTEM BADAN KITA.

Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif, seperti vitamin C yang baik untuk kulit di samping vitamin E, asid amino, zink dn sebagainya.

Makanan tambahan/suplemen seperti ini diperlukan oleh badan kita dan ianya perlu diambil setiap hari untuk memastikan kulit badan kita cantik dan gebu.  Cara penggunaan pula adalah bergantung kepada pengguna.  Sama ada melalui makanan atau minuman.

Ketahui sebab badab kita memerlukan suplemen:
  1.  Kesan daripada pencemaran udara dewasa ini yang akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Ini menyebabkan badan kita mudah mengantuk, penyakit lelah mula mendekati kita dan mengurangkan fungsi paru-paru.
  2. Penggunaan racun perosak, racun serangga akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan syur-sayuran yang dimakan oleh kita seharian.  Ketahuilah oleh anda bahawa penggunaan racun serangga membawa kesan yang membahayakan terhadap kesihatan seperti sakit kepala, loya, sakit dada, muntah, ruam, sakit otot, cirit-birit dan pandangan mata kabur.
  3. Gaya hidup yang kurang sihat seperti amalan merokok,  budaya kurang bersenam, tidak mengamalkan diet yang seimbang, makan lewat malam, kurang rehat dan tidur akan mengundang pelbagai penyakit kronik seperti penyakit jantung dan strok.  Selain itu, tekanan di tempat kerja dan balik lewat malam turut akan membawa kemusnahan Vitamin B dan C dalam badan kita.
  4. Pengambilan makan segera (Fast Food) dengan kadar yang kerap adalah tidak baik untuk kesihatan terutamaya dalam kalangan kanak-kanak.
  5. Pengambilan pil penahan sakit, ubat-ubatan, alkohol akan menggangu penyerapan zat makanan. Contohnya, kafein menghalang penyerapan Vitamin D dan Kalsium ke tubuh badan kita.
  6. Kaedah memesak seperti menggoreng terlalu lama, menyimpan bahan mentah terlalu lama dalam peti sejuk juga boleh menyebabkan kehilangan nutrien.

TIP PENGAMBILAN SUPLEMEN.

Seseorang yang ingin memilih suplemen untuk diri sendiri hendaklah pastikan kenapa dia perlu mengambil makanan tambahan tersebut dan kepentingan suplemen tersebut terhadap kesihatannya.
Kita perlu tahu apakah kepentingan suplemen tersebut untuk penyakit yang kita sedang hadapi.  Kita perlu ingat bahawa makanan tambahan  tidak akan menyembuhkan sesuatu penyakit tetapi ianya boleh membantu mengekalkan kesihatan tubuh badan kita dalam keadaan yang baik.

Kandungan nutrisi dalam  setiap makanan tambahan yang diambil juga penting untuk kita diketahui dan perlu juga dipastikan ianya mematuhi piawaian Recommended Nutrient Intake (RNI) Malaysia 2005.

Pengguna dinasihatkan mendapat khidmat nasihat doktor yang bertualiah atau pakar pemakanan (dietitin) mengenai pengambilan makanan  tambahan.

Selain itu,  pastikan keadaan kesihatan kita betul-betul memerlukan suplemen tersebut. Tubuh yang benar-benar perlukan makanan tambahan adalh lebih digalakkan untuk memilih suplemen yang dihasilkan  daripada bahan-bahan organik dan semulajadi iaitu yang tiada tambahan bahan kimia di samping memiliki sijil halal dan mendapat kelulusna daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

OLEH YANG DEMIKIAN, TEPUK MINDA TANYA HATI ADAKAH NUTRIEN DALAM BADAN ANDA MENCUKUPI DAN BERFUNSI DENGAN BAIK DEMI MENJAGA MUTU KESIHATAN BADAN ANDA?

JOM BERSAMA SAYA SERLAHKAN KESIHATAN YANG ABADI DENGAN SUPLMEN SHAKLEE YANG SUDAH 50 TAHUN BERTAHAN DI PASARAN!!










No comments:

Post a Comment